Sunday, 8 July 2012

Gitar elektrik ku Untuk Di Jual (LTD ESP F10)

Salam,
Gitarku untuk dijual. Gitar ni aku beli tahun lepas(2011) tapi baru beberapa kali aku sentuh sebab kekangan masa dan mood. Ni aku nak jual sebab aku nak elakkan gitar ni jadi besi buruk kat rumah.

Brand                : LTD ESP F10
Harga                : RM 550 ( Harga Market lowest price RM 629)
Aksesori            : beg gig + guitar strap(Dunlop)
Keadaan            : 99%
COD                 : Pahang, KL & Alor Setar


Serious buyer :
Pls contact me : Aziz (017-6941664)

























Ni info aku ambil kat mudah.my :
Featuring the hard-edge appearance of the F-Series ESPs, the F-10 Electric Guitar is solid metal goodness from the headstock to the lower strap button. Ultra affordable, the F-10 is for the hard-rockin' beginner who needs a solid metal guitar for honing their abilities. Featuring the deep F-Series cutaway agathis body, Thin-U maple neck, bolt-on neck design and 22 extra jumbo frets on a rosewood fingerboard. The ESP LH-100 humbucker and LS-100 Rail single coil sized 'bucker, provide incredible tonal options for a versatile playing experience. 

Features
- Agathis Body Material
- Maple Thin-U Bolt-on Neck
- 24 Fret, Rosewood Fingerboard
- ESP LH-100 and LS-100 Pickups
- Tune O Matic Bridge and Tailpiece









Monday, 18 June 2012

Kenduri doa selamat dah selesai, Alhamdulillah.

Salam,
Tempoh hari telah kami adakan kenduri doa selamat. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Antara gambar kenduri doa selamat

Wednesday, 30 May 2012

Kenduri Doa Selamat di Mentakab, Pahang

Salam,
Hari ni aku dan isteri akan balik kampung untuk buat kenduri doa selamat dan kesyukuran di Mentakab, Pahang pada 2 Jun 2012 (Sabtu malam)

Memang seronok balik kampung tapi yang tak tahan perjalanannya agak jauh. Tu lah siapa suh pindah jauh-jauh kan? Sebenarnya,  banyak hikmah semenjak berpindah ke alor setar ni. Selain dari keadaan yang jauh dari  hiruk pikuk kota, Alor Setar ni memberi seribu satu makna kehidupan untuk kehidupan aku dan isteri.

Ok, kenduri ni dirancang oleh Mentua aku untuk kesyukuran atas isteri aku mengandung anak yang pertama. So, sempena cuti sekolah ni, dengan kesempatan semua adik beradik dan sanak saudara bercuti, dapatlah berkumpul semua.

Semoga kenduri ini memberi berkat dalam kehidupan kami dan bakal anak kami. (due date 9.9. 2012) .
Aku dan isteri dah tak sabar nak jadi "daddy & mummy". :)


Kasut Bola Aku : Nike CTR 360 Maestri


Pengalaman beli kasut bola Nike CTR360 Meastri II

Salam, 

Aku nak berkongsi pengalaman beli kasut bola di al-ikhsan dan kedai biasa.

Alkisahnya, kasut bola kegemaran aku sememangnya Nike CTR360 Meastri, dah 4 kali dalam masa 3 tahun aku beli kasut yang jenis sama, cuma yang berbeza warna dan kualiti kasut tu.

Selama 3 tahun ni, ni senarai kasut bola yang aku duk beli.
2010 : Warna Biru Silver RM 249
2011 : Warna Kuning RM 169 (aku jual balik sebab saiz besar ) & Warna Biru Putih RM 149

2012 : Warna Hitam, Merah & Putih RM 220

Yang paling puas hati, yang Biru Silver sebab kualiti dan corak rekaan pada kasut tu masih di kelas B.
Yang tak puas hati adalah selepas pada kasut tu semua kasut keluar gred C. 

Disebabkan terlalu kemaruk dan kelam kabut nak beli (kasut biru tu koyak), aku gi melawat Al-ikhsan di Jitra, tapi hampa sebab saiz yang aku nak takde. Keesokan harinya, aku ditemani isteri pergi Al-ikhsan di dua lagi  lokasi di Alor Setar, tapi hampeh, takde saiz yang aku nak. Lepas tu aku dengan frust patah balik ke parking kereta di City Plaza. Nak dijadikan cerita, aku duk ternampak kedai kasut sukan Ah So (stail kedai cina yang biasa kita nampak kat pasaraya). Kebetulan kasut dan saiz aku nak tu ada. Kedai Ah So letak harga RM 259 sama macam al-ihksan.

Lepas duk try, lastly aku decide ambik jugak kasut ni. Disebabkan ini kedai ah so, aku pun nak try tawar menawar. Ah so cakap ada diskaun, harga lepas diskaun adalah RM 219.00 . Aku sambar terus ; )

Yang aku perhatikan, Al-ikhsan duk letak harga yang sama dengan free gift (beg kasut cap al-ikhsan). 
Tapi kedai Ah so hanya RM 219.00 . Wah, Jimat aku RM 40.00!

Lepas fikir-fikir, aku rasa al-ikhsan ni memang ketuk customer kaw-kaw. Harga Ah So RM 219 tu aku sure dah banyak untung, ni plak al-ikhsan letak harga yang terang-terang lebih RM 40. Setakat RM 40 tu dapat beg cap al-ikhsan tak berbaloi langsung. 


So , conclusion aku:
Al-ikhsan ni memang one stop center yang memudahkan
Tapi kalau nak buat pembelian yang berbaloi, elok pergi kedai biasa sebab kita boleh dapat benda yang sama tapi dengan harga yang lebih rendah.

** Pilihan terletak pada korang, aku hanya berkongsi pendapat dan pengalaman aku saja.


So, inilah rupa kasut aku (gambar internet ) tapi gred C je.
Sekian.

Tuesday, 15 May 2012

Selamat Hari Guru-16 Mei 2012

16 Mei-Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia. Jasamu dikenang jua. Tanpa guru, nusa bangsa kita tidak akan celik ilmu dan akan ketinggalan dari pelbagai segi berbanding negara lain. Ucapan terima kasih dan semoga terus bersemangat mencurah ilmu kepada anak didik.

Kali ni aku nak berkongsi pengalaman dengan guru atau cikgu aku. Pasti semua orang ingat akan guru yang pernah mengajar mereka, walaupun tak semua guru, tapi  masih ada guru yang terpahat dalam memori kita.

Antara guru aku yang masih terpahat di ingatan:

Cikgu Razman Mohamad
Cikgu Razman ni cikgu Bahasa Melayu aku semasa aku belajar di MRSM Kuantan. Cikgu ni baru je masuk mengajar semasa pertengahan semester tingkatan empat tahun 2000. Pengenalan aku dengan cikgu ni adalah semasa dia masuk buat pertama kali ke kelas aku. Masa tu aku baru lepas pendidikan Jasmani. Biasalah, lepas PJ mesti nak mandi dulu, dan aku la yang paling lewat masuk kelas dia masa tu. Apa lagi, aku terus kena aim dengan Cikgu Razman. Dipendekkan cerita, Cikgu Razman ni jadi cikgu yang paling akrab dan menerima diri aku sebagaimana aku seadanya. Cikgu ni banyak membantu aku dari segi pembelajaran dan yang paling aku tak akan lupa adalah memberi bantuan makanan dan minuman untuk bekal. Aku sangat hargai sebab aku ni memang berasal dari keluarga yang susah. Kita duk asrama, setiap hari nak makan kat dining muak juga dibuatnya. Cikgu Razman hampir setiap bulan bagi aku biskut roti dan macam-macam lagi. Pastu sokongan Cikgu Razman yang membuatkan aku sedar yang aku tak boleh leka dalam pembelajaran. Dan akhirnya, buat pertama kali dalam hidup aku di sekolah menengah aku dapat A1 dalam Bahasa Malaysia, dalam SPM lagi tu. Aku ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada guru yang paling aku ingati ini!

Pak Lan
Pak Lan merupakan ketua warden di MRSM Kuantan. Garang tapi sporting. Disiplin tapi open! Susah nak cakap  tentang Pak Lan. Pak Lan merupakan Ketua Jurulatih bola sepak di MRSM Kuantan. Apa yang aku dapat adalah latihan bola yang terbaik dan peluang mewakili sekolah seterusnya mewakili daerah Kuantan dalam MSSP 2001 namun disebabkan masalah teknikal aku tak dapat teruskan di MSSM untuk mewakili Pahang. Pak Lan bersama Abang Bad (pembantu makmal merangkap jurulatih bolasepak) telah melatih aku untuk mendapat stamina yang tak mungkin aku dapat ditempat lain. Aku masih ingat macamana training sprint menaiki Bukit Pelindung di Kuantan yang buat ramai rakan aku termasuk aku sendiri muntah angin dan K.O untuk pergi prep di sebelah malam. Kenangan didenda ditengah malam bersama rakan aku juga tak akan aku lupa. Main badminton sampai 3 pagi di dewan walaupun telah diarah balik oleh pengawal dan Ketua Warden Perempuan, alamatnya dapatlah penangan dari Pak Lan. Togel di tepi padang bersama 7 @ 9 rakan yang lain dan di arah berlari dari tiang gol ke arah tiang gol satu lagi kemudian berkumpul di tengah padang untuk pumping cukup membuatkan kenangan ini kekal diingatanku dan aku masih kekal di ingatan Pak Lan walaupun aku datang setelah 5 tahun aku meninggalkan MRSM.

Cikgu  Manaf & Cikgu Yazid
Kedua-dua cikgu ni adalah cikgu sekolah rendah aku. Seorang garang dan seorang lagi Guru Disiplin. Cikgu Yazid duk buli aku dengan buat pengakuan depan kelas sebab basikal aku berlanggar dengan kereta orang. Padahal pemilik kereta tu tak ada apa pun tapi kawan kelas aku khianat aku, cikgu yazid pulak duk layan. Apa lagi, malu aku dibuatnya. Cikgu Manaf ajar aku matematik. Aku memang minat math dan cikgu ni pun senang je ajar matematik, akibatnya aku jadi pakar matematik la masa tu. Cikgu ni masih ada di Sekolah Rendah Jalan Bahagia, Temerloh, Pahang. Itu semua adalah kenangan aku, namun aku masih bersyukur atas dorongan dan didikan cikgu ni aku  berjaya dapat keputusan cemerlang semasa UPSR. Dah lama tak jumpa walaupun mak aku cakap cikgu yazid selalu tanya pasal aku. Biasalah, duk hometown senang nak kenal cikgu dan berbaik. Banyak lagi kenangan aku dengan cikgu-cikgu ni tapi lain kali lah aku coretkan. Apepun, aku nak ucapkan terima kasih kat Cikgu Manaf & Cikgu Yazid atas ilmu yang telah dicurahkan.

Teacher Chin
Cikgu bahasa inggeris biasanya garang, tapi teacher Chin paling garang. Masihku ingat buku aku jadi rama-rama dilempar oleh teacher Chin ke udara. Ada yang tepat masuk ke tong sampah. Apa lagi ketawa dalam hati la. Kalau dengar suara, siap sideborn ditariknya. Haha..

Cikgu Solehaton
Cikgu Fizik aku di MRSM. Tak banyak aku boleh coretkan, tapi cikgu ni muslimah, berilmu dan hebat budi bahasanya. Aku nak kata yang dia punya kelas tak delah best sangat tapi Cikgu ni concern masalah pelajar dia. Pendek kata Cikgu Solehaton adalah antara cikgu yang aku kagumi. That's all.

Banyak lagi cikgu yang masih aku ingat tapi nanti panjang sangat coretan. Antara cikgu lain yang aku ingat adalah Cikgu Akmal (MRSM), Cikgu Basyiroh (SK Jalan Bahagia) dan Ustaz Asri (MRSM).

Itu sahaja coretan aku kali ni.

SELAMAT HARI GURU!!!!!!!!!!!!!!!!!



Izanna will last forever!

Nukilan Permulaan Tulisan

Salam permulaan..
Telah lama aku ingin menulis kisah hidup izanna, namun belum kesampaian. Aku mulakan penulisan blog melalui blog sains ( www.rubicubedu.blogspot.com) yang aku idamkan namun tak seberapa pengisiannya kerana memerlukan banyak maklumat dan masa untuk diperincikan. Dipendekkan cerita, setelah aku berpindah ke Alor Setar, banyak ruang masa yang aku boleh gunakan untuk diriku dan untuk bersama isteriku. Kebahagiaan mula dirasai dan aku mula sedia merenggangkan usahaku dalam impian ingin terlalu menunjukkan bertapa komitednya aku terhadap kerja. Namun bukan bererti aku lupakan kerja ku, tapi aku tidak seligat dahulu, tidak teruja seperti dulu dalam menampakkan hasil kerjaku. Kerana terlalu banyak dugaan, kelemahan dan juga cabaran dalam mentality aku dan orang disekelilingku. Okay, push stop.

Ni cerita permulaan, aku nak buat macam orang lain buat. Bercerita pengalaman sendiri. Mana tau ada pengalaman aku yang boleh dijadikan iktibar atau panduan oleh orang lain. Yang penting, tulisan ini hanya pengalaman aku dan sekiranya ianya berfaedah kepada orang lain, ianya adalah satu bonus untuk aku. Jadi aku mulakan tulisanku khas untuk diriku dan isteriku yang tercinta !

Izanna will last forever!
The same word since 1998!