Pengalaman beli kasut bola Nike CTR360 Meastri II
Salam,
Aku nak berkongsi pengalaman beli kasut bola di al-ikhsan dan kedai biasa.
Alkisahnya, kasut bola kegemaran aku sememangnya Nike CTR360 Meastri, dah 4 kali dalam masa 3 tahun aku beli kasut yang jenis sama, cuma yang berbeza warna dan kualiti kasut tu.
Selama 3 tahun ni, ni senarai kasut bola yang aku duk beli.
2010 : Warna Biru Silver RM 249
2011 : Warna Kuning RM 169 (aku jual balik sebab saiz besar ) & Warna Biru Putih RM 149
2012 : Warna Hitam, Merah & Putih RM 220
Yang paling puas hati, yang Biru Silver sebab kualiti dan corak rekaan pada kasut tu masih di kelas B.
Yang tak puas hati adalah selepas pada kasut tu semua kasut keluar gred C.
Disebabkan terlalu kemaruk dan kelam kabut nak beli (kasut biru tu koyak), aku gi melawat Al-ikhsan di Jitra, tapi hampa sebab saiz yang aku nak takde. Keesokan harinya, aku ditemani isteri pergi Al-ikhsan di dua lagi lokasi di Alor Setar, tapi hampeh, takde saiz yang aku nak. Lepas tu aku dengan frust patah balik ke parking kereta di City Plaza. Nak dijadikan cerita, aku duk ternampak kedai kasut sukan Ah So (stail kedai cina yang biasa kita nampak kat pasaraya). Kebetulan kasut dan saiz aku nak tu ada. Kedai Ah So letak harga RM 259 sama macam al-ihksan.
Lepas duk try, lastly aku decide ambik jugak kasut ni. Disebabkan ini kedai ah so, aku pun nak try tawar menawar. Ah so cakap ada diskaun, harga lepas diskaun adalah RM 219.00 . Aku sambar terus ; )
Yang aku perhatikan, Al-ikhsan duk letak harga yang sama dengan free gift (beg kasut cap al-ikhsan).
Tapi kedai Ah so hanya RM 219.00 . Wah, Jimat aku RM 40.00!
Lepas fikir-fikir, aku rasa al-ikhsan ni memang ketuk customer kaw-kaw. Harga Ah So RM 219 tu aku sure dah banyak untung, ni plak al-ikhsan letak harga yang terang-terang lebih RM 40. Setakat RM 40 tu dapat beg cap al-ikhsan tak berbaloi langsung.
So , conclusion aku:
Al-ikhsan ni memang one stop center yang memudahkan
Tapi kalau nak buat pembelian yang berbaloi, elok pergi kedai biasa sebab kita boleh dapat benda yang sama tapi dengan harga yang lebih rendah.
** Pilihan terletak pada korang, aku hanya berkongsi pendapat dan pengalaman aku saja.
Al-ikhsan ni memang one stop center yang memudahkan
Tapi kalau nak buat pembelian yang berbaloi, elok pergi kedai biasa sebab kita boleh dapat benda yang sama tapi dengan harga yang lebih rendah.
** Pilihan terletak pada korang, aku hanya berkongsi pendapat dan pengalaman aku saja.
So, inilah rupa kasut aku (gambar internet ) tapi gred C je.
Sekian.
No comments:
Post a Comment