Tuesday, 15 May 2012

Selamat Hari Guru-16 Mei 2012

16 Mei-Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia. Jasamu dikenang jua. Tanpa guru, nusa bangsa kita tidak akan celik ilmu dan akan ketinggalan dari pelbagai segi berbanding negara lain. Ucapan terima kasih dan semoga terus bersemangat mencurah ilmu kepada anak didik.

Kali ni aku nak berkongsi pengalaman dengan guru atau cikgu aku. Pasti semua orang ingat akan guru yang pernah mengajar mereka, walaupun tak semua guru, tapi  masih ada guru yang terpahat dalam memori kita.

Antara guru aku yang masih terpahat di ingatan:

Cikgu Razman Mohamad
Cikgu Razman ni cikgu Bahasa Melayu aku semasa aku belajar di MRSM Kuantan. Cikgu ni baru je masuk mengajar semasa pertengahan semester tingkatan empat tahun 2000. Pengenalan aku dengan cikgu ni adalah semasa dia masuk buat pertama kali ke kelas aku. Masa tu aku baru lepas pendidikan Jasmani. Biasalah, lepas PJ mesti nak mandi dulu, dan aku la yang paling lewat masuk kelas dia masa tu. Apa lagi, aku terus kena aim dengan Cikgu Razman. Dipendekkan cerita, Cikgu Razman ni jadi cikgu yang paling akrab dan menerima diri aku sebagaimana aku seadanya. Cikgu ni banyak membantu aku dari segi pembelajaran dan yang paling aku tak akan lupa adalah memberi bantuan makanan dan minuman untuk bekal. Aku sangat hargai sebab aku ni memang berasal dari keluarga yang susah. Kita duk asrama, setiap hari nak makan kat dining muak juga dibuatnya. Cikgu Razman hampir setiap bulan bagi aku biskut roti dan macam-macam lagi. Pastu sokongan Cikgu Razman yang membuatkan aku sedar yang aku tak boleh leka dalam pembelajaran. Dan akhirnya, buat pertama kali dalam hidup aku di sekolah menengah aku dapat A1 dalam Bahasa Malaysia, dalam SPM lagi tu. Aku ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada guru yang paling aku ingati ini!

Pak Lan
Pak Lan merupakan ketua warden di MRSM Kuantan. Garang tapi sporting. Disiplin tapi open! Susah nak cakap  tentang Pak Lan. Pak Lan merupakan Ketua Jurulatih bola sepak di MRSM Kuantan. Apa yang aku dapat adalah latihan bola yang terbaik dan peluang mewakili sekolah seterusnya mewakili daerah Kuantan dalam MSSP 2001 namun disebabkan masalah teknikal aku tak dapat teruskan di MSSM untuk mewakili Pahang. Pak Lan bersama Abang Bad (pembantu makmal merangkap jurulatih bolasepak) telah melatih aku untuk mendapat stamina yang tak mungkin aku dapat ditempat lain. Aku masih ingat macamana training sprint menaiki Bukit Pelindung di Kuantan yang buat ramai rakan aku termasuk aku sendiri muntah angin dan K.O untuk pergi prep di sebelah malam. Kenangan didenda ditengah malam bersama rakan aku juga tak akan aku lupa. Main badminton sampai 3 pagi di dewan walaupun telah diarah balik oleh pengawal dan Ketua Warden Perempuan, alamatnya dapatlah penangan dari Pak Lan. Togel di tepi padang bersama 7 @ 9 rakan yang lain dan di arah berlari dari tiang gol ke arah tiang gol satu lagi kemudian berkumpul di tengah padang untuk pumping cukup membuatkan kenangan ini kekal diingatanku dan aku masih kekal di ingatan Pak Lan walaupun aku datang setelah 5 tahun aku meninggalkan MRSM.

Cikgu  Manaf & Cikgu Yazid
Kedua-dua cikgu ni adalah cikgu sekolah rendah aku. Seorang garang dan seorang lagi Guru Disiplin. Cikgu Yazid duk buli aku dengan buat pengakuan depan kelas sebab basikal aku berlanggar dengan kereta orang. Padahal pemilik kereta tu tak ada apa pun tapi kawan kelas aku khianat aku, cikgu yazid pulak duk layan. Apa lagi, malu aku dibuatnya. Cikgu Manaf ajar aku matematik. Aku memang minat math dan cikgu ni pun senang je ajar matematik, akibatnya aku jadi pakar matematik la masa tu. Cikgu ni masih ada di Sekolah Rendah Jalan Bahagia, Temerloh, Pahang. Itu semua adalah kenangan aku, namun aku masih bersyukur atas dorongan dan didikan cikgu ni aku  berjaya dapat keputusan cemerlang semasa UPSR. Dah lama tak jumpa walaupun mak aku cakap cikgu yazid selalu tanya pasal aku. Biasalah, duk hometown senang nak kenal cikgu dan berbaik. Banyak lagi kenangan aku dengan cikgu-cikgu ni tapi lain kali lah aku coretkan. Apepun, aku nak ucapkan terima kasih kat Cikgu Manaf & Cikgu Yazid atas ilmu yang telah dicurahkan.

Teacher Chin
Cikgu bahasa inggeris biasanya garang, tapi teacher Chin paling garang. Masihku ingat buku aku jadi rama-rama dilempar oleh teacher Chin ke udara. Ada yang tepat masuk ke tong sampah. Apa lagi ketawa dalam hati la. Kalau dengar suara, siap sideborn ditariknya. Haha..

Cikgu Solehaton
Cikgu Fizik aku di MRSM. Tak banyak aku boleh coretkan, tapi cikgu ni muslimah, berilmu dan hebat budi bahasanya. Aku nak kata yang dia punya kelas tak delah best sangat tapi Cikgu ni concern masalah pelajar dia. Pendek kata Cikgu Solehaton adalah antara cikgu yang aku kagumi. That's all.

Banyak lagi cikgu yang masih aku ingat tapi nanti panjang sangat coretan. Antara cikgu lain yang aku ingat adalah Cikgu Akmal (MRSM), Cikgu Basyiroh (SK Jalan Bahagia) dan Ustaz Asri (MRSM).

Itu sahaja coretan aku kali ni.

SELAMAT HARI GURU!!!!!!!!!!!!!!!!!



Izanna will last forever!

No comments:

Post a Comment