Baru-baru ni ketika cuti sekolah, aku berpeluang spend masa dengan isteri dan Alexander ke Taman Jubli Perak di Suka Menanti,Alor Setar.
Actually, Taman Jubli Perak ni adalah taman rekreasi. Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga di sini. Antaranya berjoging dan aktiviti riadah yang lain. Yang paling menarik mestilah bermain layang-layang dan menunggang kuda.
Aku takut nak menunggang kuda sebab lutut aku tak kuat (injury main bola) tapi setelah dipaksa oleh isteri tersayang, aku naik jugak la. Apa lagi, aku bawa hero aku la, Alexander.
Ni antara aksi Alexander bersama daddy'nya- aku la tu.
Kepada mereka yang nak pergi taman rekreasi ni, operasinya hanya sampai pukul 8.00 mlm, lepas tu tutup untuk sebarang aktiviti. Kat situ ada juga gerai jual makanan dan minuman. Kepada yang suka aktiviti lasak, ada 'ram' khas untuk skaters dan yang sama waktu dengannya.
Anyway, it's fun to ride a horse just it's a bit dangerous for first timer.
No comments:
Post a Comment