Salam,
Aku ni memang mencari orang yang pandai mengurut. Sebabnya adalah masalah lutut aku. Mungkin berpunca dari keaktifan aku bermain bola. Tapi sebenarnya aku tak pernah mengalami kecedaraan semasa bermain, dan injury aku pun lain dari yang kebiasaan. Aku ada buat research sikit tentang sakit lutut aku ni, aku perhati jarang orang injured macam aku. Kalau ada sesapa tahu orang yang pandai mengurut sakit lutut macam aku ni( ni post tentang sakit lutut aku), bleh kongsi kat aku.
Berbalik kepada tukang urut cina.
Lepas aku tanya ramai orang, aku pun dapat info ada tabib cina kat tongkang yard. So aku redah pergi. Tempatnya di tongkang yard.
Hari pertama aku pergi, aku sampai pukul 9.00 mlm. Tetapi, seperti yang dimaklumkan oleh informer aku, memang ramai orang. Ramainya lebih 15 orang. Dek kerana tak sanggup tunggu, aku terus balik.
Tapi sempat aku amik info ni:
No telefon:
No handphone :
Alamat:
Waktu operasi :
Hari kedua, aku datang awal sikit pukul 8.30 mlm. Sampainya aku di situ, ada lebih 15 orang sedang menanti. Mak aih, rasa nak balik terus tapi aku gagahkan sebab aku dah lama mencari penawar lutut aku. Jadi aku pun menunggu dan terus menunggu. Sepanjang penungguan aku tu, aku perhatikan banyak benda.
Pertamanya, tukang urut ni sebenarnya Physioterapist. Tapi aku rasa dia da gabungkan dengan ilmu tabib cina. Ni gambarnya.
Yang kedua, upahnya RM20, tak lebih tak kurang. So pandai-pandailah cari duit secukup rasa.
Yang ketiga, tak de no giliran. Sendiri mahu paham. Siapa datang dulu, dia la yang dulu dapat treatment. So perhatikanlah siapa yang dah ada kat situ sebab kita la orang last. Kalau ada yang datang lepas kita, giliran orang tu lepas kita.
Keempat, rawatannya hanya sekejap. Paling cepat 2 minit, paling lama 10 minit.
Kelima, dont expect to have traditional massage. Tabib ni hanya tanya masalah then dia cucuk guna kayu kat mata urat then setel.
Keenam, ada makcik tu masuk nail wheelchair keluar boleh jalan. Memang miracle la. Apa pun semua kuasa tuhan.
At last sampai giliran aku. Aku bagitau masalah aku- sakit lutut dan ankle xboleh lipat. Dia cakap memang ankle aku jenis tak boleh lipat. Lepas tu dia tekan guna ibu jari di buku lali. Terasa sakitnya tap boleh tahan lagi. Pasti dia cakap tulang ankle aku bengkak, himpit urat. Tu sebabnya urat kat lutut aku sakit. Pastu lia sapu herba kat kain gauze, letak kat ankle aku, then dia balut dengan bandage, setel.
Hasil treatment tu ok la. 50% kesakitan aku hilang.
Its worth to try. Bagi aku yang sakit kronik patut bawa kat tabib cina ni. Sebab memang depan mata aku nampak makcik pakai wheelchair, lepas rawatan terus boleh jalan.
salam.. boleh tau information penuh? alamat no fon dan masa rawatan tabib?
ReplyDeletebagi alamat dia boleh
ReplyDeletebagi alamat dia boleh
ReplyDelete2041 Taman Bunga Raya,Tongkang Yard. (Jalan Bunga Raya10 ) 05050 Alor Star, Kedah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKami pun baru Balik Pi Tempat Nie , Sekarang Dia start jam 8mlm , no rumah Dia No 41, jalan bunga Raya 10, taman bunga Raya , tongkang yard alor setar , rumah Dia lot tengah , kalau yang no 2041 Tu Bukan rumah Dia , Tu rumah corner lot, Kami pun tadi Cari no 2041 Tapi SALAH , Dan tanya ORANG situ Dia bagi tau rumah lain . Kalau nak dapat giliran Cepat , better datang jam 7mlm Dah Ada dok Q kat kerusi Dlm porch rumah Dia , jam 8 Mlm baru Dia buka pintu rumah Dia , so yang no 1 Boleh Terus Jumpa mr Ong, Dan yang berikut Boleh masuk dok Q kat Dlm rumah Dia pula
ReplyDeleteTabib tu buka setiap hari ke?
DeleteArmia alisha.. memang kena ambil nombor giliran ye..
ReplyDeleteSakit2 apa yg boleh tabib cina ni boleh buat..yer...kalau2 kronik2 tu..
ReplyDeleteStroke dia buat x?
ReplyDeleteNo phone dia ada tak
ReplyDeleteLutut mcm dngan hg gak la.. Bleh kepak tpi bila kepak rasa skit.. Aq rasa urat aq lari
ReplyDeleteNo phone ada tak. Boleh berubat saraf tangan?? Dan sakit luntut??????
ReplyDeleteacl boleh?
ReplyDeleteAda no Tel tak
ReplyDeletesaya akan dtg esok untuk adik saya...ade no phobe
ReplyDelete